Friday, May 8, 2009

Barcelona mula awasi United





LONDON - Jurulatih Barcelona, Josep Guardiola tidak sabar menantikan pertemuan final klasik pasukannya dengan Manchester United dalam Liga Juara-Juara di Rom bulan ini.

Guardiola selepas ini akan menghabiskan masa tiga minggu dengan mengkaji rakaman video perlawanan United, termasuk kejayaan separuh akhir mereka ke atas Barca tahun lalu dalam usahanya mengekang kemaraan anak buah Alex Ferguson itu pada final nanti.

Namun, beliau berikrar tidak akan mengubah corak permainan menyerang pasukannya di mana menyaksikan mereka meledakkan 147 gol dalam semua kempen musim ini.

"Kami tidak akan mengubah corak permai- nan kami iaitu merampas dan mengawal bola serta mencipta beberapa peluang," kata Guardiola.

"Manchester adalah juara bertahan dan mereka sebuah pasukan yang luar biasa dengan jurulatih yang berpengalaman. Tetapi kami adalah Barcelona.


INIESTA (dua dari kiri)
meraikan jaringannya
bersama rakan sepasukan
di Stamford Bridge kelmarin.


"Saya rasa ia akan menjadi aksi final yang hebat kerana kami akan turun menyerang untuk mendapatkan gol dan mereka sedar mengenainya."

Kejayaan kelmarin yang diikuti dengan kemenangan besar 6-2 ke atas Real Madrid, Sabtu lalu menyaksikan Guardiola semakin hampir menjulang gelaran berganda Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara pada penampilan pertamanya bersama Barca.

"Saya tidak sangka dapat catat banyak keputusan yang bagus pada musim pertama saya," akui Guardiola.

"Tetapi kami ada di tempat kami sekarang dan kini perlu cuba menamatkan cabaran dalam liga dengan kejayaan dan akan memikir- kan aksi final ini di Rom tiga minggu lagi."

Guardiola juga gembira dengan prestasi Iniesta walaupun terkilan dengan Daniel Alves dan Eric Abidal yang bakal terlepas aksi final selepas masing-masing menerima kad kuning dan merah.

"Saya gembira buat Iniesta. Dia adalah pemain yang mewakili tahap sebenar Barca. Daniel dan Eric pula gembira kami berjaya layak ke final tetapi agak sukar bagi mereka kerana mereka akan terlepas aksi final."

1 comment:

didoot said...

nk sokong maner nih..chelsea da kalah..whuhuuhuuuh..

MU KER BARC...

BARC LA..heehhe..