Tuesday, May 19, 2009

Sultan Perak tidak boleh pecat Menteri Besar - Hakim

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatannya kerana beliau tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim apabila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar, 52, sebagai

Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei lalu.

Dalam penghakiman 78 muka yang dikeluarkan kepada media semalam, Abdul Aziz berkata, sebaik saja Menteri Besar dilantik, beliau dan majlis Exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada siapa lain.

Beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan Fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Menurut Abdul Aziz, Fasal 16 memperuntukkan bahawa sokongan majoriti hanya boleh diputuskan dalam sidang DUN melalui undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.

"Pada pandangan saya, pemecatan Menteri Besar

oleh Sultan atau sesiapa sahaja tidak pernah dibangkitkan di bawah Fasal 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya.

Jelas beliau, Fasal 16(7) undang-undang itu menyatakan Sultan hanya berhak menentukan kedudukan Exco Kerajaan Negeri dan baginda bole

h memecat mereka pada bila-bila masa atas nasihat Menteri Besar.

Abdul Aziz berkata, Sultan Perak telah bertemu tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan seorang yang melompat kembali ke Barisan Nasional (BN) malah diberitahu mereka menyokong BN secara sukarela.

justice for perak...




p/s: see....

No comments: