Thursday, August 20, 2009

Influenza A (H1N1)

1. Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?

* Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)
* Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.

2. Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang
4. Wanita mengandung
5. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes
6. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)
7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

3. Apakah peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan?

* Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.
* Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh : mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.
* Surgical maskboleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).

4. Apakah peranan mask di dalam masyarakat ?

* Tiada bukti yang kukuh mengenai pemakaian mask terutamanya di tempat terbuka. Tetapi, ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza.
* Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.
* Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.
* Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.

5. Apakah kegunaan surgical mask?

* Mask membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.
* Juga membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang memakai mask tersebut.
* Mask haruslah dipakai sekali sahaja dan dibuang dengan cara yang betul selepas digunakan.

Rujuk lampiran 1 bagi rumusan penggunaan mask /respirator

6. Bagaimanakah cara menggunakan mask dengan betul?

* Letakkan mask untuk menutup mulut dan hidung dan ikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
* Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut
o - Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
* Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
* Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.
* Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.

7. Saranan WHO berkaitan dengan Kebersihan Tangan

1. Bagi individu yang sihat :
* Kekalkan jarak sekurang- kurangnya 1 meter daripada individu yang disyaki menghidap influenza :
* Jangan menyentuh mulut dan hidung.
* Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun dan gunakan bahan pembersih tangan berasakan alkohol, terutamanya jika menyentuh mulut dan hidung dan permukaan yang mungkin boleh tercemar.
* Seboleh- bolehnya, elakkan kontak rapat dengan mereka yang sakit.
* Seboleh- bolehnya juga, elakkan berada di tempat sesak;
* Dapatkan pengudaraan yang baik di kediaman anda
* dengan sentiasa membuka tingkap

2. Bagi individu yang disyaki mengalami influenza :
* Tinggal di rumah jika anda berasa tidak sihat dan patuhi arahan doktor ;
* Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari mereka yang sihat dan dan pakailah mask bila mempunyai kontak dengan ahli keluarga.
* Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan tisu atau sapu tangan bagi menghalang penyebaran titisan respiratori. Segera buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan dengan sabun dan air.
* Pastikan pengudaraan di rumah adalah baik.

2 comments:

padelito said...

waaaaa....nampak nya ogey begitu serius dlm menangani H1N1..bagus2....

didi3 @ ogey said...

mesti lorhh.. u noe wut....penyakit nih bahaye la..takut...