Thursday, February 16, 2012

talak kat wife yg sedang pregnant



Bolehkah seorang isteri diceraikan ketika dia mengandung? persoalan itu selalu bermain di benak fikiran apabila melihat semakin ramai orang baik artis ataupun orang biasa, diceraikan ketika mengandung. pada saya itu adalah sesuatu tindakan yang tidak berhati perut. melainkanlah si isteri telah melakukan dosa yang teramat besar yang tidak boleh diampunkan!

apakah dosa besar isteri yang sedang hamil yang tidak boleh diampunkan? curang? isyhh kalau dia sedang mengandung takkanlah dia nak buat onar lagi kan? ataupun si suami enggan percaya anak yang dikandung itu anak dia. bukan anak kau?

bagaimana dia nak sahkan itu? mungkin dia tidak ada di sisi isterinya selama beberapa bulan kerana tugas. kembalinya dia ke rumah didapati isterinya mengandung. hah kes seperti itu mungkin boleh dipakai. ataupun, doktor sudah siang2 sahkan yang si suami itu mandul. tentu dia terkejut beruk apabila isterinya tetiba mengandung. benih sapa kan?

tetapi boleh ke pakai cakap doktor? yang menentukan allah swt. ada orang mengandung pergi scan, doktor kata anak perempuan tapi bila keluar, anak lelaki. kjee ada pengalaman yang sama. so, siapa nak kita percaya?

tapi doktor melayu yang beragama islam sekarang mengambil jalan selamat apabila melakukan scan keatas wanita mengandung. biasanya mereka akan kata semuanya kuasa allah swt...kuasa yang mutlak. jangan percaya 100% ilmu sains moden. yalah dia tak nak lah pulak tanggung dosa semata2 melihat imej pada komputer yang digunakan untuk scan, betul tak?

berbalik kepada kes menceraikan isteri yang sedang mengandung. sy kurang bersetuju mahkamah membenarkan talak yang dilafazkan itu sebagai sah. sepatutnya berilah kaunselling kepada suami untuk menukar keputusannya. manalah tahu apabila ternampak wajah baby yang comel dan tidak berdosa, dia akan menarik balik hasratnya.

anak adalah hasil ikatan kasih sayang suami dan isteri. tidak ada orang yang hanya mahu berkahwin tetapi tidak mahukan anak. selalu orang yang kata sedemikianlah allah swt turunkan anak berdozen2. samalah macam pasangan yang tidak bernikah tapi melakukan hubungan seperti suami isteri. mereka yang senang dapat anak berbanding pasangan yang mengharap siang dan malam.

oklah mungkin si suami menceraikan isterinya kerana sebab2 yang hanya dia dan isterinya sahaja yang tahu. tetapi tidakkah si suami boleh mengawal sikit perasaannya. kalau marah tahap gaban pun, tahukah anda bahawa seseorang wanita itu ketika hamil akan melalui banyak perubahan pada dirinya. itu tidak termasuk kebimbangannya ketika hendak melalui proses melahirkan anak. kata orang tiada sakit lain yang boleh menandingi sakit hendak bersalin.

itulah orang sekarang. masa seronok bercinta, sehari tak jumpa tidor boleh tak lena, makan boleh tak kenyang, mandi boleh tak basah, sanggup harung lautan api. tetapi apabila allah swt duga jer sikit, mengelabah dan senang menceraikan isteri yang sedang hamil. for me, lelaki yang sanggup menceraikan isterinya yang sedang hamil TANPA sesuatu sebab yang munasabah, tergolong dalam golongan mereka yang belum baligh. tidak layak hendak menjadi seorang suami!


apapun, rupa2nya ada hukum yang menyatakan seorang isteri itu boleh diceraikan suaminya ketika dia sedang mengandung. tetapi seperti biasa, talaq akan hanya gugur setelah selamat isteri itu bersalin dan melepasi tempoh pantang. agaknya sengaja dibuat seperti itu untuk diberi ruang kepada suami menatap anak yang baru dilahirkan. dan moga2 kehadiran si kecil yang tidak berdosa itu akan membuat hati ayahnya cair. insya allah. allah swt maha mengetahui!

walaupun ada hadis yang menyatakan perceraian untuk wanita hamil itu, ada dan sah, tetapi para suami gunalah budi bicara sendiri dengan sebijak2nya. jangan jadikan anak yang bakal dilahirkan itu mangsa sebelum dia dapat melihat dunia!





"Sedangkan iddah bagi wanita yang sedang hamil adalah hingga wanita itu melahirkan janin yang dikandungnya, sebagaimana firman Allah swt :
وَأُوْلَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ
Artinya : “Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.” (QS. Ath Thalaq : 4)

2 comments:

Nurul Ayuey said...

subhanallah..kau ampunilah dosa2 para suami sebegini.. amin

RozIyAnIZA MoHaMaD Rozi said...

so cruel !!! demn