Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya
sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya
sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah
ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu
dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat
hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung
daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu
anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan
oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam
hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak
susu.
1. Pakailah coli menyusu yang
memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan
tidak terlalu ketat.
2. Susukan bayi anda dengan kerap,
iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda
daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada
setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap
sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang
berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
3. Mungkin sukar untuk bayi melekap
pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling
puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan
tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan
meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah.
Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan
sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa.
Sabarlah, dan teruskan mencuba!
4. Semasa bayi sedang menyusu, urut
payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran
susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan
ketidakselesaan pada payu dara.
5. Jika payu dara terlalu penuh
dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan
adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang
berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan
bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6. Menyikat payu dara yang bengkak
(sikat menghala ke puting).
7. Sesetengah wanita mendapati,
meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan,
walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan
penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak
iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali
sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
8. Ambil cuka makan dan campurkan
dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu
dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada
lagi masalah bengkak.
9. Ambil beberapa helai daun sirih
dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas
tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada
melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan
membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa
berketul-ketul.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan
sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor
No comments:
Post a Comment