Friday, March 20, 2009

FRANK LLOYD WRIGHT

FRANK LLOYD WRIGHT (1867-1959)

Frank Lloyd Wright dilahirkan pada 8 jun 1867, Richland Center di Wisconsin USA. Beliau meninggal dunia di Phoenix, Arizona pada tahun 1959. Bapanya William Cary Wright (ketua mubaligh) dan ibunya Anna Lloyd Jones (guru sekolah) telah memberi inspirasi secara langsung dalam bidang Arkitek. Melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan dalam bidang kejuruteraan.

Pada 1888, Frank Lloyd Wright bekerja di sebuah firma yang berjaya Dankmar Adler dan Sullivan sebagai pelukis pelan. Beliau bekerja bersama Sullivan untuk enam tahun pertama sebagai pelukis pelan. Setelah itu, ditawarkan menjadi pembantu arkitek dalam tahun 1890 dan pada tahun 1893, beliau meninggalkan Sullivan dan menggunakan pengalaman sebagai seorang arkitek.

Frank Lloyd Wright telah mereka lebih daripada 300 jenis bangunan dengan pengaruh dan idea senibina moden. Beliau membina tema organik senibina dengan Interior dan Exterior rekaan yang harmoni dengan unsur alam semula jadi. Terdapat enam era yang berbeza dengan takrif gaya penyatuan dalam bidang senibinanya:
- Awal tahun dengan Sullivan in Chicago
- Prairie Styles
- Pengaruh Jepun
- Great Works pada 1930’an
- The Broadcare City
- Ornamentation Design




‘Organic architecture’ adalah falsafah bagi arkitek dimana memperkenalkan harmoni antara kehidupan manusia dan dunia semulajadi melalui pendekatan rekaan bersifat simpati dan berjaya menyatukan dengan tapak bangunan, kemasan, disekelilingnya dijadikan bahagian untuk bersatu, dan kandungannya saling berkaitan. Senarai peraturan bagi cadangan rekaan menggunakan ‘Organic architecture’:


- inspirasi daripada semulajadi dan bersesuaian, kesihatan,menjimatkan dan berbeza.
- tidak terikat, sepertimana organisma, daripada sebiji benih.
- “meneruskan kewujudan” dan “lakukan berulang-ulang kali”
- mengikut aliran dan menjadi mudah lentur dan sesuai
- memerlukan keperluan sosial, fizikal, dan dalaman
- “tapak tidak dimuatkan” dan lebih unik
- raikan semangat muda, bermain dan kejutan.
- luahkan nada daripada muzik dan kuasa daripada tarian.



FALLING WATER

Frank Lloyd Wright telah memilih pelbagai lokasi untuk kediaman bagi tapak yang luas, tetapi beliau memilih untuk menepatkannya terus ke air terjun dan mencipta lebih dekat, juga kebisingan bunyi dengan derasan air dan tapak yang curam. Keadaan mendatar pada batu masonry dengan keberanian cantilevers pada warna
Kuning air pada konkrit dengan mencampurkan batu asli diluar taman dan persekitaran berhutan.



JOHNSON WAX

“kedua-dua Bangunan Pentadbiran dan disebelahnya Menara Peyelidikan…adalah menggunakan batu-bata dan gelas. Di ruang pejabat utama disambungkan dengan bahagian tiang untuk menahan enam kali berat beban yang ditanggung. Oleh itu beliau membuktikan atas arahan bagi mendapatkan permit. Kaca bukanlah tingkap ataupun pintu, tetapi dalam sistem tiub, dan beberapa lapisan yang berbeza saiz digunakan bagi mengakui bahawa sinaran bukannya pemandangan….beliau mereka kesemua perabot tulen untuk bangunan ini, termasuk: kerusi berkaki setiausaha, dimana semua setiap satu mengikut gaya. Menara ini secara keseluruhanya diperincikan dan tidak dibenarkan menonjol secara mendatar pada ruang kerja.








PRICE TOWER

Frank Lloyd Wright telah menghadapi dua masalah utama bagi jenis falsafahnya dalam rekaan pencakar langit. Pertama, arkitek yang mempercayai hubungan rapat antara alam semulajadi, beliau telah mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan, ketepatan, yang menampak bangunannya anti alam semulajadi. Dan yang kedua, beliau dihantui dengan konsep dwi kesinambungan dan kepalsuan. Pra-penaklukan yang telah beliau lalui seperti cengkerang dan kepompong dengan struktur yang tepat melalui prototaip- melakukanya satu kesukaran bagi mencipta rekaan yang tinggi, bangunan yang berbilang budaya. Beliau menyelesaikan delima dalam characteristic fashion, mencari satu sumber dalam alam semulajadi dengan mengesyorkan cara untuk membina struktur bangunan tinggi:





GUGGENHEIM MUSEUM

“Persembahan terhebat, Muzium Solomon R. Guggenhein di New York, ini adalah pemberian senibina yang tulen- seakan ukiran batu. Meneruskan ruang Halix, pusingan ramp itu mengembangkan lagi gegelung putaran vertigiously yang tidak menghalang dan juga ruang dihadkan melalui kekubah kaca bertulang rasuk yang rata. Pembinaan Tanpa kelim, bangunan ini menjiwai bagi Frank Lloyd Wright “senyap tanpa kerosakan gelombang”…






TALEISIN WEST

Taleisin west merupakan rumah ketika musim sejuk dan bengkel bagi Frank Lloyd Wright dan pelajar-pelajarnya, telah hampir siap dibina sepenuhnya bagi kegunaan pelajar-pelajar itu sendiri. Dinding konkrit, tetapi bentuknya istimewa dengan jenis: batu tongkol semulajadi, merah, kuning dan kelabu, dimana permukaan tidak rata pada bentuk berkayu dan simen dicurahkan terus. Diatasnya pula berwarna-warni, pelbagai ‘Tapered wall’ (dinding gelas) menjadikan ianya terhebat dengan rasuk kayu redwood dimana menahan kanvas untuk menutup bumbung. Gelas tidak diperlukan, dengan kanvas menambahkan kelembutan cahaya dapat disebarkan.


No comments: