Thursday, May 14, 2009

hadapi pilihan raya baru di Perak

Najib: BN tidak khuatir hadapi pilihan raya baru di Perak

PUTRAJAYA: Pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini hari ini, Najib berkata Barisan Nasional tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan.

"Kita sedia berdepan dengan rakyat," katanya.

Mengenai Konvensyen Barisan Nasional yang sepatutnya diadakan awal tahun ini, Najib berkata, ia hanya akan dijalankan selepas beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan diselesaikan.

"Kita ada beberapa perkara yang patut kita selesaikan dulu. Kita tak nak ada konvensyen tapi pengisiannya belum kita tentukan kerana apa yang penting ialah penghasilannya," katanya.

Mengenai status Senator Datuk T. Murugiah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran kemelut dalaman Parti Progresif Penduduk (PPP), beliau berkata ia belum diputuskan.

"Kita akan tengok dulu perkembangan dan keadaannya," kata Perdana Menteri. BERNAMA

2 comments:

didoot said...

bgs la camtu...ye haaa

padelito said...

sokong-sokong buat election baru kt Perak