Thursday, May 14, 2009

kuatnyer undang2 tmpt keje kat Aus

Didenda kerana bayar gaji rendah kepada pekerja




MELBOURNE: Seorang pemilik restoran yang membawa seorang warga Malaysia ke Melbourne untuk bekerja sebagai chef dan membayarnya kurang daripada A$10,000 selama lebih 18 bulan, dikenakan denda A$180,000.

Ahli perniagaan Hong Poh Meng dan syarikatnya Penang Kayu Nasi Kander Ltd, yang menjalankan perniagaan sebagai Kayu@Boxhill, mengaku melanggari 11 undang-undang tempat kerja, termasuk membayar gaji yang kurang kepada seorang tukang masak sepenuh masa iaitu A$76,000, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).

Dua pelayan berusia 19 tahun turut dibayar gaji yang kurang iaitu masing-masing A$4,876 dan A$899.

Hong didenda A$25,000 dan syarikatnya pula didenda A$158,400 oleh Mahkamah Majistret Melbourne semalam kerana melanggari undang-undang itu, yang dilakukan antara 2005 dan 2007. - Bernama

3 comments:

Я о z ї ª ň ї said...

kuatnyer yer..kat m'sia x de..

mima not memey said...

bagusnye...patutle ramai org nak kerje kat sana....good.

miss padelito said...

menarik..mesia pun patot ada law cmnie