Thursday, July 30, 2009

Apakah jenis bos kamu?


1. Garang dan penuh ghairah.

Mereka merupakan penggerak syarikat. Bos begini tahu apa yang dimahukan dan mahu perkara dilakukan mengikut caranya. Kamu pasti memaafkan kesalahannya kerana dia berpersonaliti menarik dan cukup pemurah.

  • Buat bos kamu rasa penting. Personaliti begini mungkin seorang yang megah dan besar egonya. Buat mereka rasa dihargai dengan mendengar nasihat mereka. Puji mereka apabila mereka melakukan pembentangan yang bagus. Tetapi, mestilah ikhlas ya kerana bos yang begini mungkin tahu bila pujian kamu tak ikhlas.


  • Hadiri mesyuarat. Orang yang sebegini mungkin mahukan kehadiran lengkap semasa mesyuarat. Jadi, jangalah hampakan dia. Hadir dan berikan perhatian sepenuhnya.


  • Berterima kasih padanya. Jangan lupa untuk menghantar kad terima kasih untuk perkara-perkara yang telah dilakukan untuk kamu walaupun kecil sahaja. Sama ada kenaikan gaji, pinjaman pelajaran atau apa sajalah, kan seronok untuk buat dia rasa lebih dihargai.

Ciri-cirinya secara am

Yang membuatkan kamu bengang

Yang membuatkan kamu kekal di sana.

Panas baran

Mengikut gerak hati

Bising

Menjelekkan

Murah hati

Ceria

Sosial

Tegas

Dia perlukan laporan itu secepat yang mungkin.

Dia boleh menimbulkan gegak gempita dengan panas barannya.

Dia mungkin tak kisah mengenai bajet. Semuanya mesti kelas pertama.

Dia suka memberi notis saat akhir.

Dia tak pernah ikut jadual jabatan. Biasanya dia akan membuat jadualnya sendiri.

Dia boleh jadi terlalu pemurah. Dia berikan kamu bonus ekstra bulan lepas.

Dia memahami masalah keluargamu dan membenarkan abang kamu untuk berkunjung ke pejabat.

Dia membuatkan harimu lebih ceria.

Dia berikan kamu nasihat terbaik bila teman lelaki meninggalkan kamu.


2. Intelektual dan banyak cakap.

Bos begini merupakan seorang yang pandai berkomunikasi dengan idea-idea bijak yang disalurkan pada kumpulannya dengan mudah dan penuh yakin. Mungkin ada masanya dia senyap sahaja terutamanya bila dia sedang berfikir mengenai isu-isu syarikat. Dia mungkin kelihatan tidak begitu yakin apabila dia sedang meminta pendapat orang lain. Namun begitu, dia seorang yang adil dan bertimbang rasa.

  • Dengar. Dengan mendengar, ia merupakan satu cara membuatkan orang lain merasa penting. Dengar arahan bos kamu. Dia pasti mempunyai banyak buah fikiran yang boleh kamu pelajari.


  • Pentingkan perincian. Cuba kamu perhatikan perincian-perincian tertentu. Kadangkala bos kamu mungkin akan terlupa mengenainya. Ingat perkara seperti bagaimana pelanggan kamu sukakan air kopinya. Bos kamu pasti menghargai benda-benda begini kerana ia menujukkan kamu bertimbang rasa.


  • Bercakap dengannya. Bos kamu mungkin menghargai seseorang yang tetap pendirian. Beritahu bos kamu dengan cara yang sopan apabila dia meminta pandangan kamu. Sentiasa mengetahui apa yang sedang berlaku di jabatan kamu. Sesetengah maklumat mungkin berguna apabila bos kamu tiba-tiba menjadi pelupa.

Ciri-cirinya secara am

Yang membuatkan kamu bengang

Yang membuatkan kamu kekal di sana.

Dingin

Kritikal

Pelupa

Gugup

Analitis

Bijak

Mementingkan perincian

Adil

Dia tak banyak bercakap tetapi selalu anggap yang kamu memahami maksudnya.

Dia terlupa mesyuarat dan datang lambat setiap masa.

Dia tak kisah mengenai peraturan syarikat dan mereka masih menganggapnya seorang yang bijak.

Dia tak faham kenapa kalau kamu berkahwin, kamu perlukan cuti lebih daripada sehari.

Dia tak mengharapkan semua orang untuk mempercayai setiap kata-katanya. Dia menggalakkan pemikiran kritis.

Dia mempunyai banyak idea bijak yang membuatkan kamu menghormatinya serta membuahkan lebih banyak projek pada syarikat.

Dia tak kisah pun yang kamu sedang sambung belajar separuh masa dan tidak boleh memberikan sepenuh komitmen pada syarikat.

Dia melayan semua orang sama rata. Dia berbicara denganmu sama seperti dia sedang berbicara dengan CEO.


3. Stabil, senyap dan praktikal.

Dia seperti dinding yang kukuh. Dia tahu apa yang dimahukan dan bekerja keras untuk kekal di atas. Bos begini mugkin kadang-kadang agak degil. Kamu mungkin tak tahu sama ada dia sukakan kamu atau tidak kerana dia seorang yang penyabar.

  • Tepati masa. Jadilah seorang yang menepati masa kerana bos kamu mementingkan kesempurnaan. Dia tak mungkin menerima kerja sambil lewa jadi pastikan kerja kamu sesempurna mungkin pada kali pertama.


  • Berikan pujian terhadapnya. Bos begini mungkin tidak mudah terpedaya dengan sebarang pujian. Jadi pastikan kamu hanya memujinya bila kamu benar-benar maksudkannya.


  • Jadi lebih kreatif. Bos begini mungkin kekal dengan satu rutin dan mungkin menghargai sekiranya kamu mempunyai usaha kreatif pada kerja kamu. Mula berfikir di luar kebiasaan. Sedikit perubahan akan membuatkan bos kamu terhibur.

Ciri-cirinya secara am

Yang membuatkan kamu bengang

Yang membuatkan kamu kekal di sana.

Sabar

Rajin

Stabil

Senang dijangka

Mementingkan Kesempurnaan

Membosankan

Dogmatik

Degil

Dia kerap menyuruh kamu membetulkan laporan.

Dia fikir kamu tak bekerja keras.

Dia mahu meja kamu sentiasa bersih dan semua pensil kamu tajam dan dilabelkan dengan logo jabatan.

Dia tak suka kamu datang lewat.

Dia memberikan bonus dan keistimewaan yang kamu layak terima.

Dia mendengar aduan dan memberikan kamu maklum balas secepat mungkin.

Dia sangat menghargai kesetiaan dan kerja keras.

Dia mahir memahami karakter kakitangannya.

Dia tak sukakan gosip di pejabat.


4. Ada angin dan sukar dijangka.

Bos begini tidak mengikut peraturan. Dia agar luar biasa dan mungkin berperangai gila-gila. Kadang-kadang dia menjerit, bermain gitar di pejabat dan kerap masuk mensyuarat lewat.

  • Bersabar. Bos begini mestilah seorang yang bijak untuk berjaya menjadi bos dan kekal di atas. Cubalah untuk belajar melalui ideanya dan luangkan masa bersamanya. Jadi lebih sabar dengan bos kamu dan usah fikirkan benda pelik yang dilakukannya. Ia pasti akan membuahkan hasil pada kamu.


  • Bermeditasi. Bos begini mungkin membuatkan kamu marah jadi jaga diri kamu sebaiknya. Pelajari teknik pernafasan dan meditasi. Tenangkan minda kamu sebelum ke pejabat.


  • Kekal positif. Fokus pada kerja yang perlu dilakukan dan kekal positif. Ada kalanya, kamu mungkin rasa terbeban, tapi memang tak ada pekerjaan yang sempurna. Lakukan kerja kamu sebaik mungkin dan jangan mudah mengalah. Jika kamu berfikiran positif, ia pasti membuahkan hasil pada akhirnya.

Ciri-cirinya secara am

Yang membuatkan kamu bengang

Yang membuatkan kamu kekal di sana.

Suka berangan

Kreatif

Penuh kasih sayang

Lain dari yang lain

Kelakar

Baik hati

Mood dia mungkin kejap naik kejap turun.

Dia cepat terasa.

Pakaiannya terlalu berwarna-warni dan mungkin agak pelik bila berhadapan dengan pelanggan.

Tidak suka diganggu.

Dia sangat memahami kenapa kamu perlukan kenaikan gaji selepas kamu beritahu dia yang kamu membayar bil perubatan ibumu setiap bulan.

Dia membenarkan muzik kuat dipasang di pejabat.

Dia bertanyakan khabar keluarga kamu.

Dia gemar membawa semua kakitangan makan di luar.

No comments: