Thursday, July 30, 2009

tip2 memilih

Period merupakan satu perkara yang semula jadi untuk semua wanita. Ia tak sepatutnya menghalang kamu daripada memakai pakaian yang kamu mahu atau melakukan perkara yang kamu dah biasa buat. Beberapa perkara mudah boleh membantu kamu menjalani rutin ketika period.

Bacalah tip-tip berikut:

Sanitary
Sanitary Pads
Tuala wanita merupakan tuala wanita kapas, dengan jalur atau pelekat dibawahnya agar ia boleh dipakai dengan melekatkannya pada seluar dalam kamu. Ia berbeza mengikut ketebalan. Ada yang datang dengan sayap untuk melindungi seluar dalam kamu daripada kebocoran di sisi. Yang lain mungkin lebih panjang untuk memberikan lebih perlindungan di belakang.

Memilih tuala wanita yang betul
Ketahui saiz, bentuk badan dan aliran period kamu. Pilih tuala wanita yang padan dengan kamu.

Ketebalan. Tuala wanita maxi biasa mempunyai ketebalan yang sesuai untuk aliran banyak. Ada orang yang sukakan tuala wanita lebih nipis yang mampu menyerap untuk hari aliran banyak. Ini kerana ia membuatkan mereka lebih selesa. Jadi pilihlah tuala wanita yang menyelesakan kamu.

sanitary
Sayap atau tanpa sayap. Sayap boleh menghalang darah daripada terbocor ke seluar dalam kamu. Semasa hari aliran banyak ataupun kamu ingin melakukan aktiviti luar, pakailah tuala wanita bersayap.

Apabila membeli tuala wanita, kamu boleh pelbagaikan jenisnya. Jadi, bolehlah kamu pakai tuala wanita mengikut aliran dan tempoh haid kamu, dan jenis aktiviti yang akan kamu lakukan.

Bahan lapisan pelindung. Tuala wanita dijual dengan sama ada lapisan kapas atau jejaring/jalinan. Ada gadis yang sukakan kelembutan ekstra dan keselesaan yang terdapat pada lapisan kapas manakala ada yang sukakan rasa kering yang boleh didapati menerusi lapisan jejaring. Terpulang pada kamu!


Sanitary
Liners
Liner merupakan produk yang direka untuk membuatkan kamu rasa bersih, segar dan lebih kering bila-bila masa tak kira siang atau malam. Liner lebih nipis dan biasanya lebih kecil saiznya berbanding tuala wanita biasa. Liner memang bagus sebagai perlindungan sokongan sekiranya kamu period dan sedang memakai tampon. Ia juga sesuai untuk menyerap kebasahan dan menghalang seluar dalam kamu daripada kotoran akibat lelehan vagina biasa, peluh, titis-titis kebocoran air kencing dan aliran haid yang tak dijangka.


Sanitary
Liners
Tampon diperbuat daripada kapas sama seperti tuala wanita. Kapas ini digumpalkan bersama sehinggalah ia menjadi tiub nipis. Berbeza dengan tuala wanita, tampon dimasukkan ke dalam vagina kamu semasa aliran haid banyak atau sederhana. Ia mungkin agak sukar untuk pengguna kali pertama. Jadi, ikuti arahan yang disediakan pada pek dan lama-kelamaan, kamu akan menjadi mahir.

No comments: